I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Thursday, June 21, 2012

DEFINISI BODY MASS INDEX (BMI)

Definisi Body Mass Index (BMI) atau Index Jisim Badan:BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal. Ia terdiri daripada 5 kategori seperti berikut:

KategoriJulat BMI
Kebuluran / kurang berat keterlaluankurang drpd 15
Kurang beratdari 15 ke 18.5
Normaldari 18.5 ke 25
Berat berlebihandari 25 ke 30
Obesiti / kegemukanlebih drpd 30

Drpd jadual di atas, BMI seharusnya kurang daripada 25.

Formula BMI:
BMI boleh dikira seperti berikut:

BMI = berat(kg) / tinggi�(m�)

Contoh:
Katakan berat seseorang itu ialah 75kg dan tingginya 157cm. Maka BMI orang itu ialah:

* 157cm tukar kepada m iaitu 157/100 = 1.57m
BMI = berat(kg) / tinggi�(m�)
= 75 / (1.57)� 
= 30.4 kg/m�

Maka, kategori orang itu ialah OBESITI.
Bagaimana dengan anda? Cuba kira...



BY: MOHD FITHRI BIN SENIN





















No comments:

Post a Comment

MASA ITU EMAS